U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Gandaria, Mistik Silat dalam MV Pintalah Aku Ke Sana (0)

Tuesday, October 25, 2016 by , under


Menggerakkan langkah dalam dunia kesenimanan dalam area perpuisian, persembahan dan muzik sejak 2010, akhirnya penyair dan penyanyi Umar Uzair melahirkan sebuah album sulung, Pintalah Aku Ke Sana yang telah menemui pendukung seni penulisan dan muzik pada April lalu. Mendapat respon yang positif dari pendengar, Uzair memacukan langkahnya dengan kehadiran muzik video bagi mempromosikan single dari judul yang sama.

“Pintalah Aku Ke Sana asalnya merupakan sebuah dua buah puisi yang terangkum dalam Kumpulan Puisi – Pesta Di Padang Jiwa terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (2015), kemudiannya dipilih untuk dijadikan sebagai sebuah lagu kerana puisinya yang mempesona dan nilai estetikanya yang murni. Ia sebagai satu cara saya mendidik masyarakat dalam penulisan dan mengembalikan kenangan terhadap lagulagu yang indah yang pernah dihasilkan oleh arwah Loloq.”

Berentak soul pop, Pintalah Aku Ke Sana menceritakan tentang permintaan seseorang kepada kekasihnya supaya mereka selalu bertemu dan jangan berpisah lama. Dimulakan dengan pemberitahuan kisah-kisah kenangan dan kata-kata perilaku kekasih kepada dirinya, naratif Pintalah Aku Ke Sana kemudiannya disulam dengan metafora demi metafora keinginan pertemuan mereka. Seperti metafora tersebut, konsep itu terbawa ke dalam muzik video dengan menampilkan seni silat Melayu sebagai perlambangan kemahuannya bertemu dengan kekasih meski di alam halus.

Selain Pintalah Aku Ke Sana, turut termuat dalam album Penyair Muda ASEAN 2015 dari pihak Jogjakarta ini ialah Miliki Kau dan Yang Aku Mahu. Kesemuanya ialah cakupan dari kumpulan puisi yang sebelum ini telah menerbangkannya ke Kyrgyzstan sebagai mewakili Malaysia dalam Festival Seniman Epik Dunia 2015 dan wakil belia Malaysia pada Forum Belia Dunia 2015 di Moskow.

“Semoga keberlangsungan saya dalam industri seni akan dapat diterima ramai dengan kehadiran muzik dan lagu ini.”

Terbaharu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2016, Uzair telah menghasilkan muzik syair fusion yang mulai dipersembahkan dalam banyak acara. Selain persembahan di dalam negara, Uzair sedang merencana sebuah pertemuan penyair belia Asean yang akan disatukan dalam sebuah konsert Puitika Pujangga ASEAN 2017 pada tahun hadapan. Perkembangan seni penulisan dan muzik Umar Uzair juga boleh diikuti di Instagram @SiUmarUzair atau www.siumaruzair.wix.com/umaruzair.



PINTALAH AKU KE SANA

KLIK!




| edit post

Warna Stigma Bahasaku. (0)

Monday, October 10, 2016 by , under



Apakah masih ramai yang merasai kehadiran Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan? Atau sepi ditiup angin dari bambu yang rimbun? 2016, Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) hadir dengan sejuta bunyi cengkerik malam. Sebagai aktivis bahasa dan seni, hal ini sesuatu yang menyedihkan kerana usaha memperkasakan Bahasa Melayu menjadi semakin lemah dengan kehadiran program dwibahasa (Dual Langange Programme) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Sebagai seorang belia yang aktif dengan kehidupan sosial 2017 yang bakal datang, aku ingin melihat perkembangan hebahan dan promosi BBK bukan cuma melalui sayembara dan pertandingan deklamasi puisi. Meski acara ini sesuatu yang menghidupkan, industri seni bahasa memerlukan sesuatu yang lebih terkini dan kreatif. Seperti jelajah semakkan papan tanda, kempen di sosial media yang meluas. Lantik ikon dari kalangan seniman yang aktif dan selebriti yang dapat mengapresiasi bahasa. Perkumpulan belia dan masyarakat dengan acara kebahasaan. Kalaupun pertandingan sayembara dan deklamasi diadakan, wujudkan kerjasama yang rapat dengan badan tertentu dan siaran tv atau radio.  

Sayang sekali, apakah kerana batasan tenaga kerja yang kritis atau dana yang sempit. Kedua-duanya seperti saling membantu kepada pembantutan ini. Aku melihat beberapa sahabat yang dekat memeriahkan BBK dengan penganjuran teater dan pementasan. Itu murni. Aku melihat sahabat menjayakan program seni di beberapa buah acara, itu juga murni tetapi bahangnya hanya sampai kepada persekitaran yang kecil. 

BBK tahun ini ditenggelamkan dengan Hari Sukan Negara yang hebat disambut pada hujung minggu lalu di banyak tempat terutama di Dataran Merdeka dan sekitar Kuala Lumpur. Kementerian Belia dan Sukan amat positif dan mendukung usaha menyatukan rakyat dengan hal-hal kesihatan. Rungutanku adalah apabila judul besar Hari Sukan Negara dalam bahasa kebangsaan hanyalah alat atau 'bantal yang disorongkan' agar bahasa Inggeris mendapat lampu hijau untuk digunakan dalam pecahan perkara atau judul yang sebenarnya mendominasi acara ini. 

Ini hanya satu dari banyak program lain yang melakukan hal serupa. 

Bahasa kebangsaan sewajarnya tidak perlu diraikan dalam sesebuah bulan, kerana telah termaktub dalam perlembagaan. Sedangkan Indonesia juga mentertawakan kita, setelah hampir 60 tahun merdeka, Malaysia masih membincangkan soal pemartabatan bahasa Melayu dan berperang dengan bahasa lain. Padahal di Indonesia ia telah memuktamadkan sejak hari pertama negara itu mendakap kemerdekaan. Ini yang dicakapkan sewaktu aku menghadiri sebuah simposium di Jakarta beberapa waktu yang lalu. 

Tidak juga aku salahkan para Sasterawan Negara dan ketua badan berwajib yang masih duduk di balik meja mesyuarat, kertas kerja demi kertas kerja untuk simposium demi simposium. Barangkali mereka ada pendapat dan gaya sendiri. Sekarang sudah 2016, penggayaan harus lebih deras dan maju. 



Oktober telah berbaki 20 hari. Sebagai aktivis, aku ada cita-cita yang besar samada dalam penganjuran acara dalam bentuk pendidikan dan hiburan bahasa, samada dalam promosi dan hebahan. Hanya sumber dana dan tenaga kerja yang membataskan. Pun, ini bukan pematah semangat. Tidak banyak, sedikit aku ingin melakukan sesuatu. Selain poster Bulan Bahasa Kebangsaan untuk dipromosikan, beberapa temubual dan siaran akhbar sedang diatur untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang apresiasi terhadap bahasa kebangsaan. 

Masih kecil, aku harap suatu waktu dapat menghimpunkan ramai pencinta bahasa di tengah kota!



| edit post

Nuansa Terkini Dalam Lagu Puisi (0)

Thursday, September 08, 2016 by , under





Umar Uzair yang telah lahir dengan album sulung Pintalah Aku Ke Sana membawa lagu berlirik puisi dalam nuansa moden mendapat perhatian banyak pihak. Sejak dilayangkan kepada umum mulai Mac 2016, Pintalah Aku Ke Sana telah dibawa dalam banyak acara.

Selain lagu yang menjadi judul album ini, turut termuat ialah Miliki Kau dan Yang Aku Mahu. 

Juga boleh didengari di Youtube. KLIK!



Miliki Kau



Pintalah Aku Ke Sana

Kepada anda yang ingin mengundang Umar Uzair dalam acara silakan emel ke mejapoedjanggamalaysia@gmail.com atau 017 6976761



| edit post

Pintalah Aku Ke Sana - Album Sulung Umar Uzair 2016 (0)

Wednesday, March 02, 2016 by , under

Daripada Penyair Muda ASEAN 2015, Umar Uzair membawakan air tangan puisi 
yang disegarkan dalam bidang muzik.






| edit post